Saturday, June 5, 2010

SELAMAT BERCUTI!!!

Cuti Pertengahan Tahun telah bermula (5/6 - 20/6/2010). Pelajar-pelajar T1,2 & 4 yg mula pulang ke rumah masing-masing mulai tengahari semalam. Kepada pelajar-pelajar T3 & 5, terpaksa bersabar dulu untuk pulang ke kampung kerana terlibat dgn Program Pemantapan Masa Cuti (4/6 - 7/6). Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya cuti selama 2 minggu ini.  Di samping meluangkan masa bersama keluarga, jangan lupa mengulangkaji pelajaran & menyiapkan latihan-latihan yg telah dibekalkan oleh guru2.
Bagi saya, nampaknya 3 hari pertama cuti bermula, di samping menanda kertas soalan Sains 1M3, saya perlu juga mengemaskini fail-fail Unit Peperiksaan utk Pemantauan Penganugerahan Bilik Operasi Pentaksiran & Setiausaha Peperiksaan Cemerlang. Mulai 9/6 barulah dapat bercuti...Selamat Bercuti!

1 comment:

Ummi Syirah said...

Salam... bila nk upload gambar masa pinic hr tu?