Wednesday, October 20, 2010

Majlis Sepantai Budi Selautan Kenangan

Tepat pada jam 9.00 pagi, paluan kompang mulai bergema di setiap sudut ruang SMSJ. Diiringi, pembawa bunga manggar dan bunga pahar, tetamu yang diraikan, diarak ke Dewan Seri Karyawan bersama-sama dif jemputan anaranya Yang Berbahagia, Puan Ashah binti Samah, Pengarah, Bhg. Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Prof. Dr Hussien, YDP PIBG, Dato' Hj. Ahmad Ridza, Presiden Sajoha, Tn. Hj. Ahmad bin Awang, wakil rasmi Pengarah Pelajaran Johor, Puan Hjh. Rohani Abu Bakar, Pengerusi Majlis Pengetua Sekolah Menengah dan wakil-wakil Pengetua SBP.

Jika sebelum ini, Tn. Hj.Nojumuddin bin Abd. Samad, Pengetua Cemerlang Jusa C, akan berjalan mengiringi tetamu utama, tetapi kali ini, beliau diapit oleh Puan Pengarah di sebelah kanannya dan Encik Khairuddin Sapar di sebelah kirinya. Begitulah bermulanya Majlis Sepantai Budi Selautan Kenangan, khusus buat Tn. Hj. Nojumuddin bin Abd. Samad, pada detik-detik terakhir beliau sebagai penjawat awam.

Wednesday, August 4, 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN..

RAMADHAN

Ramadhan datang lagi,
Membawa seribu erti,
Menguji jati diri,
Sejauh mana cinta pada Ilahi
Ramadhan datang lagi,
Mengusir segala sunyi sepi diri,
Dinihariku yang malap kini kian berseri,
Dengan tasbih,selawat dan tahmid suci.
Ramadhan,
Datangmu memang kunanti,
Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,
Segar mengharum di bingkai rohani,
Menjadi inspirasi pengabdian diri ,
Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam,
Allah Rabbbul’alamin.
Ramadhan,
Kuharap kali ini kau takkan pergi lagi,
Walaupun kau pasti akan pergi lagi,
Meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi,
Dan hanya akan datang menjengah kembali,
Dengan membawa malam seribu erti,
Pada tahun hadapan nanti.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,
Wa Marhaban Minkum
Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,
Bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa,
Melaksanakan Sunnatullah,
Menjauhi mungkar dan larangan Allah,
Agar..biar lahirku nanti selepas Ramadhan,
Laksana bayi yang suci bersih,
Tanpa noda dan dosa.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SETARA PMR & SPM


Peperiksaan Percubaan PMR & SPM telah bermula iaitu setara untuk SBP & Negeri Johor bagi PMR manakala SPM pula setara SBP.. Bagi percubaan PMR telah bermula dari 30 Julai 2010 hingga 10 Ogos 2010 & percubaan SPM pula adalah dari 3 hingga 28 Ogos 2010.. Di harap pelajar semua telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan percubaan ini dan mendapat keputusan yang terbaik bagi kesemua subjek.

Friday, July 16, 2010

Virus baru..

Best sinetron ni..cuba la tengok. Setiap hari SELASA-JUMAAT jam 6.30-7.30 petang di Astro Ria.

Sunday, July 4, 2010

Mendidik Anak-anak..

Hampir sebulan blog ini tidak dikemaskini. Dalam sibuk membaca & membalas coretan kawan2 di Facebook, tiba2 mata ini terpandang & berminat melayari satu blog yg dikepilkan oleh seorang kawan lama, Ustazah Faizah Pai'jalah yg kini bertugas di SSP, KL.

Kepada kawan2 yg mengalami masalah dalam mendidik anak2 kita, diharapkan blog ini dapat membantu sekurang2nya sedikit masalah2 yg kawan2 hadapi. Selamat Membaca..

Saturday, June 5, 2010

Mengimbau kenangan zaman sekolah..

Sedang asyik melayari internet mencari bahan untuk mengemaskini fail-fail peperiksaan, saya terjumpa hompej sekolah lama semasa saya berada di T1-T5 (1983-1987). Wah! Tak sangka, RPS tempat saya belajar dulu telah dianugerahkan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2009. Hebat juga ye..maka, tak hairanlah RPS telah berjaya menghasilkan produk-produk yg cemerlang juga seperti saya ni..hehehe..
Sekadar mengingat beberapa orang guru yg telah mengajar saya ketika itu..Mrs Liew (Geog), Cik Azizah (BM), En Khir (Ad. Math), Mrs Cheah (Fiz) & Puan Arbayah (Bio)..apa khabar agaknya cikgu-cikgu saya tu?
Buat Guru-guruku, jasa-jasamu tetap ku kenang sepanjang hayat! Moga Allah jualah yg membalas segala penat-lelah & kebaikanmu semasa mendidik diriku ini dulu..

SELAMAT BERCUTI!!!

Cuti Pertengahan Tahun telah bermula (5/6 - 20/6/2010). Pelajar-pelajar T1,2 & 4 yg mula pulang ke rumah masing-masing mulai tengahari semalam. Kepada pelajar-pelajar T3 & 5, terpaksa bersabar dulu untuk pulang ke kampung kerana terlibat dgn Program Pemantapan Masa Cuti (4/6 - 7/6). Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya cuti selama 2 minggu ini.  Di samping meluangkan masa bersama keluarga, jangan lupa mengulangkaji pelajaran & menyiapkan latihan-latihan yg telah dibekalkan oleh guru2.
Bagi saya, nampaknya 3 hari pertama cuti bermula, di samping menanda kertas soalan Sains 1M3, saya perlu juga mengemaskini fail-fail Unit Peperiksaan utk Pemantauan Penganugerahan Bilik Operasi Pentaksiran & Setiausaha Peperiksaan Cemerlang. Mulai 9/6 barulah dapat bercuti...Selamat Bercuti!

Friday, June 4, 2010

SELAMAT MAJU JAYA!

SELAMAT MAJU JAYA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN...USAHA TANGGA KEJAYAAN.

Sunday, May 30, 2010

Majlis Akad Nikah Hasnul-Fira






Tepat jam 10 pagi, majlis tersebut dimulakan. Kami sekeluarga yg dtg dr Kluang tiba tepat pd masanya. Cik Nek sekeluarga pun ada..

Friday, May 28, 2010

Salam perkenalan..

Tiba-tiba hari ini teringin pulak nak ada blog sendiri..so, ini percubaan pertama saya.