Sedang asyik melayari internet mencari bahan untuk mengemaskini fail-fail peperiksaan, saya terjumpa hompej sekolah lama semasa saya berada di T1-T5 (1983-1987). Wah! Tak sangka, RPS tempat saya belajar dulu telah dianugerahkan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2009. Hebat juga ye..maka, tak hairanlah RPS telah berjaya menghasilkan produk-produk yg cemerlang juga seperti saya ni..hehehe..
Sekadar mengingat beberapa orang guru yg telah mengajar saya ketika itu..Mrs Liew (Geog), Cik Azizah (BM), En Khir (Ad. Math), Mrs Cheah (Fiz) & Puan Arbayah (Bio)..apa khabar agaknya cikgu-cikgu saya tu?
Buat Guru-guruku, jasa-jasamu tetap ku kenang sepanjang hayat! Moga Allah jualah yg membalas segala penat-lelah & kebaikanmu semasa mendidik diriku ini dulu..

No comments:
Post a Comment