Saturday, August 14, 2010
Wednesday, August 4, 2010
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN..
RAMADHAN
Ramadhan datang lagi,
Membawa seribu erti,
Menguji jati diri,
Sejauh mana cinta pada Ilahi
Ramadhan datang lagi,
Mengusir segala sunyi sepi diri,
Dinihariku yang malap kini kian berseri,
Dengan tasbih,selawat dan tahmid suci.
Ramadhan,
Datangmu memang kunanti,
Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,
Segar mengharum di bingkai rohani,
Menjadi inspirasi pengabdian diri ,
Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam,
Allah Rabbbul’alamin.
Ramadhan,
Kuharap kali ini kau takkan pergi lagi,
Walaupun kau pasti akan pergi lagi,
Meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi,
Dan hanya akan datang menjengah kembali,
Dengan membawa malam seribu erti,
Pada tahun hadapan nanti.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,
Wa Marhaban Minkum
Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,
Bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa,
Melaksanakan Sunnatullah,
Menjauhi mungkar dan larangan Allah,
Agar..biar lahirku nanti selepas Ramadhan,
Laksana bayi yang suci bersih,
Tanpa noda dan dosa.
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SETARA PMR & SPM
Peperiksaan Percubaan PMR & SPM telah bermula iaitu setara untuk SBP & Negeri Johor bagi PMR manakala SPM pula setara SBP.. Bagi percubaan PMR telah bermula dari 30 Julai 2010 hingga 10 Ogos 2010 & percubaan SPM pula adalah dari 3 hingga 28 Ogos 2010.. Di harap pelajar semua telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan percubaan ini dan mendapat keputusan yang terbaik bagi kesemua subjek.
Subscribe to:
Comments (Atom)

