MAM'S PORTAL
Saturday, February 4, 2012
Friday, December 23, 2011
Sejarah telah tercipta... Sains PMR 2011 100% Gred A!!!
Setelah bertahun-tahun mengembleng keringat dan tenaga bersama-sama guru-guru Sains SMSJ, akhirnya Panitia Sains SMSJ berjaya mencipta sejarahnya yang tersendiri! Kami berjaya mendapat 100% Gred A bagi subjek Sains dalam PMR 2011. Sekaligus ini adalah kejayaan peribadi yang terbesar yang berjaya dicapai setelah mengajar subjek Sains hampir 11 tahun.
Tahniah & terima kasih banyak-banyak kepada semua guru Sains & pelajar-pelajar Tingkatan 3, 2011. Semoga kejayaan yang tercipta ini akan menjadi pembakar semangat kepada semua guru Sains menabur bakti untuk mengharumkan lagi nama sekolah amnya & diri sendiri khasnya di masa hadapan.
Thursday, November 17, 2011
LDP belajar buat blog...
Tarikh : 17 November 2011
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Makmal Bestari SMSJ
Penceramah : Encik Mohd Rais bin Abd Halim
Pegawai IT, UTHM
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Makmal Bestari SMSJ
Penceramah : Encik Mohd Rais bin Abd Halim
Pegawai IT, UTHM
Sunday, October 9, 2011
Pertandingan Mewarna Bank Rakyat 2011
Tarikh : 8 Oktober 2011
Tempat: Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang
Hari ini Umairah & Syahmi bersama-sama menyertai pertandingan mewarna untuk tahun ini. Setelah bertungkus-lumus mewarna dalam tempoh 1 jam, akhirnya Umairah berjaya mendapat tempat kedua bagi kategori C. Hadiahnya ialah wang tunai RM70. Walaupun tidak dapat mengekalkan kejuaraan tahun lepas, semangat bersaing secara sihat dengan hampir 1200 orang dalam pertamdingan ini adalah yang paling penting. Semoga Umairah akan terus cemerlang dalam bidang ini.
Tapi malang sungguh bagi Syahmi kerana tidak berjaya memenangi sebarang hadiah. Tak pe la, Syahmi cuba lagi di tahun hadapan k...

| Tekunnya Syahmi mewarna.. |
| Tahniah Umairah! |
| Umairah & Fathin |
PMR 2011 telah bermula...
Pada 4 - 12 Oktober 2011 peperiksaan PMR 2011 akan berlangsung. Semoga semuanya berjalan dengan lancar walaupun segelintir pelajar masih dibelenggu masalah kesihatan lantaran tekanan yang meninggi & keadaan cuaca yang tidak menentu.
Selamat maju jaya dan semoga berjaya diucapkan kepada semua calon PMR 2011 SMSJ.
Selamat maju jaya dan semoga berjaya diucapkan kepada semua calon PMR 2011 SMSJ.
| Hari pertama - kata-kata semangat dr Pengetua SMSJ |
| Calon-calon PMR 2011 |
| Pengetua SMSJ & GPK HEM |
Subscribe to:
Comments (Atom)