Monday, June 20, 2011

Perjumpaan dengan pelajar Tingkatan 3, 2011

Tarikh : 20 Jun 2011
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Sri Bakti

Perjumpaan diadakan untuk memperbaiki keputusan peperiksaan Tingkatan 3. Dalam perjumpaan ini, Tn Hj Idris dan Tn Hj Khairudin telah membentangkan analisa pencapaian Peperiksaan Setengah Tahun 2011 dan membandingkannya dengan tahun-tahun lepas. Beberapa orang pelajar yang telah menunjukkan peningkatan telah dipanggil untuk mencungkil rahsia kejayaan mereka. Pelajar-pelajar yang berada di kedudukan 20 ke bawah pula telah dipanggil untuk mendengar masalah yang dihadapi dan akujanji memperbaiki keputusan masing-masing. Di harap, perjumpaan ini dapat menyuntik semangat kepada semua pelajar Tingkatan 3 meningkatkan usaha dan seterusnya memperbaiki keputusan supaya apa yang dihasratkan oleh pihak sekolah akan tercapai. Amin.

Sunday, June 19, 2011

'Cik Kiah' Meronggeng Lagi....

Hari ini 3 sekawan sempat menghabiskan hampir satu hari dengan pelbagai aktiviti. Aktiviti dimulakan dengan sarapan pagi di Pak Bilal, selepas perut dah kenyang aktiviti diteruskan dengan membeli-belah kain untuk raya di Gulati's, Batu Pahat. Setelah perut mula berkeroncong kembali, kami meneruskan lagi perjalanan ke Taman Bukit Perdana sebagai memenuhi jemputan perkahwinan anak lelaki kepada Tn Hj Samian, Pengetua SAMURA. Selepas solat Zohor di Petronas, aktiviti diteruskan lagi dengan makan-makan mi bandung di Parit Bulat, Muar. Emmm...perut dah kenyang & mata pun dah layu, maka tamatlah sudah aktiviti kami untuk hari ini....


SELAMAT PENGANTIN BARU SARASVATHY & SIVA

Tarikh : 12 Jun 2011
Tempat: Dewan Tunku Ismail, Kluang

Pertama kali menghadiri satu majlis perkahwinan bangsa lain. Hari ini Cikgu Saras dari SMSJ telah melangsungkan perkahwinannya dengan pasangan beliau, Encik Siva di Dewan Tunku Ismail, Kluang.
Kami ucapkan Selamat Pengantin Baru dan berdoa agar jodoh mereka akan berpanjangan hingga ke akhir hayat. Cepat-cepatlah timang anak ye....

Thursday, June 16, 2011

KURSUS PENDEDAHAN 'QUALITY TOOL' UNTUK GURU CEMERLANG DAERAH KLUANG

Tarikh : 16 Jun 2011
Masa   : 8.00 - 4.30 petang
Tempat: Bilik Pusat Sumber, SMK Seri Sembrong, Kluang


Encik Md Said Bin Md Daimon  - penceramah

Monday, June 13, 2011

Sekolah Penggal Kedua...

Hari ini, bermula penggal persekolahan yg ke-2 bagi tahun 2011. Aktiviti hari ini dipenuhi dengan mengemaskini data SAP123 & SAP45 kerana minggu ini adalah minggu untuk guru-guru memasukkan markah Pep. Setengah Tahun ke dalam sistem ISIS dan SAP.

Di harap penggal kedua tahun 2011 ini akan memberikan lebih banyak inspirasi dan motivasi dalam memperbaiki diri ini sebagai seorang guru, anak, ibu dan juga isteri....amin.

Sunday, June 12, 2011

SELAMAT HARI BAPA...


 


Anak-anakku pun sibuk menyambut hari yang istimewa ini bersama-sama dengan ayahnya. Si Kakak sibuk membalut hadiah, si Syahmi  tukang sampaikan hadiah. Mudah-mudahan dengan aktiviti ini akan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang & kekeluargaan kami....amin.


Friday, June 10, 2011

Menghabiskan saki baki cuti pertengahan tahun.......

Emmm..cuti sekolah dah nak habis..tinggal 3 hari lagi. Anak-anak sibuk ajak mandi kolam atau sungai. Maka, pada hari ini 10 Jun 2011 jam 11.00 pagi bertolaklah kami sekeluarga ke Hutan Lipur Sg Bantang, Bekok. Seronoknya budak-budak tu.....tapi sayang....mandi tak dapat lama sebab tiba-tiba aje langit berubah gelap, petir berdentum-dentum. Frust jugak budak-budak tu..tapi paling tidak hajat mereka dah tercapai. Nanti kita pergi lagi ye...



Program Jom Belajar.....

Tarikh :  27 Mei 2011
Masa   : 7.30 pagi - 12.00 tengahari
Tempat: DSK, SMSJ

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pelajar-pelajar T3 & T5 pulang ke kampung halaman lewat daripada pelajar lain. Mereka perlu menghadiri Kelas Pemantapan Waktu Cuti selama 4 hari. Untuk tahun ini, slot pertama adalah subjek Sains bagi T3. Antara pengisian slot ini ialah latihan ulangkaji tajuk-tajuk T1 & T2.


Diharapkan semua pelajar T3 mendapat manfaat daripada pengisian ini sebagai persediaan menghadapi peperiksaan percubaan seterusnya PMR 2011.

Lawatan Penandaarasan Ke STF, JB

Pada 12 Mei 2011 yang lalu, seramai 5 orang guru dari SMSJ telah berjaya mengadakan Lawatan Penandaarasan Ke Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru. Antara tujuan lawatan adalah untuk melihat dan mempelajari Pengurusan Fail, Program Kebitaraan Akademik (Matematik), Makmal Bestari dan Pengurusan Peperiksaan.

Terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada semua guru STF yang telah sudi menerima kunjungan dan membantu kami dari SMSJ.



Pertandingan Pelancar Roket, Kelab Sains 2011

Pertandingan telah diadakan pada 16 April 2011 pada jam 3.00 petang bertempat di Padang A, SMSJ. Pertandingan adalah terbuka kepada semua tingkatan dari Tingkatan 1-5. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang peserta. Penyertaan dari semua pelajar adalah sangat menggalakkan.

Objektif pertandingan adalah untuk :
a) Menanam minat, meningkatkan kefahaman, kemahiran dan pengetahuan komuniti pelajar dalam
    bidang sains dan teknologi angkasa.
b) Membudayakan pelajar dengan pemikiran kreatif dan inovatif.
c) Memberi landasan untuk mengaplikasikan teori dan konsep yang dipelajari dengan satu aktiviti
    teknikal yang boleh membantu meningkatkan fahaman mereka
d) Menjadikan bidang sains angkasa sesuatu yang mencabar dan menyeronokkan.




Sunday, June 5, 2011

PERSIDANGAN KEBANGSAAN GURU CEMERLANG SBP 2011

Seramai 7 orang Guru Cemerlang dari SMSJ telah menghadiri Persidangan Guru Cemerlang Sekolah Berasrama Penuh 2011 yang julung-julung kali diadakan. Persidangan tersebut berlangsung di sekolah Seri Puteri, Cyberjaya pada 31 Mei - 2 Jun 2011. Persidangan yang bertemakan "Guru Cemerlang Pemangkin Transformasi Pendidikan" itu telah menghimpunkan 361 orang GC dari SBP seluruh negara. Sebanyak 2 kertas kerja utama dan 40 kertas kerja sidang selari telah dibentangkan semasa persiangan tersebut.

Tahniah kepada semua AJK persidangan ini kerana telah berjaya menganjurkan satu persidangan yang hebat!