Tarikh : 6 - 8 Mei 2011
Bertempat di Tiram Indah Village, Ulu Tiram, MGC Kluang telah menganjurkan Kursus Profesionalisme dan Mesyuarat Agung Tahunannya. Daripada kira-kira 134 orang GC di daerah Kluang, seramai 74 orang GC telah menyahut cabaran dan melapangkan masa untuk hadir walaupun diadakan pada hujung minggu. Antara input yang disampaikan ialah "Speak as A Pro" oleh Perunding Profesional, En.Kamaruzaman, "Lesson Study" oleh En. Mohd. Khir Mohaidin, "Kerjaya GC dalam Dunia Pendidkan" oleh En.Norazrin bin Amir Hamzah dan "Satu GC Satu Inovasi " oleh En. Ismail bin Yon. Selain itu, sesi santai "Majlis Bersama GC Wibawa" yang terdiri daripada Pn Zanariah Abdol, Pn Norizah Rahmat, Pn Gayah Madu, Pn. Suhalila Ithnin dan Puan Maimunah Juraimi turut diadakan.
Tahniah kepada AJK MGC Kluang atas kejayaan penganjuran dan tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan.
No comments:
Post a Comment